Rooney Beri Kane Amaran Taktik Kotor Pertahanan Itali

LONDON – Wayne Rooney mengingatkan Harry Kane lebih waspada dengan taktik kotor pemain pertahanan Itali apabila membuat kemunculan penuh bersama England menentang pasukan Azzurri itu, awal pagi esok.

 

Pengurus The Three Lions, Roy Hodgson mengesahkan Isnin bahawa bintang muda Tottenham Hotspur akan diturunkan dalam kesebelasan pasukan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Turin.

 

Phil Jones dijangka berfungsi di tengah dengan Hodgson terus meletakkan harapan ke atas barisan sama yang merakamkan tujuh kemenangan daripada tujuh perlawanan, musim ini setakat ini.

 

Rooney berkata: “Pemain pertahanan Itali adalah pintar. Mereka akan melakukan apa saja untuk menyekat anda dan anda harus berwaspada dengan taktik itu.

 

“Sukar bermain menentang mereka, lebih tersusun dan pasukan terbaik di Eropah untuk melakukannya.

 

“Apa yang Harry harus lakukan adalah mengambil bola dan berlari ke arah pemain pertahanan kerana dia bagus dalam situasi ini.” – Daily Mail Online / BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.