Perompak Bank Diberkas Gara-Gara Google

SEPASANG suami isteri dari Texas diberkas polis beberapa minit selepas merompak AS$597 (RM2,215) dari sebuah bank di Colorado, baru-baru ini.

 

Kody Davis, 33 dan Amanda Davis, 31, ditahan selepas mereka menulis ‘bagaimana hendak melarikan diri selepas merompak bank’ di enjin carian Google.

 

Malah, polis memberitahu Amanda turut membuat carian senarai bank yang berpotensi untuk dirompak.

 

“Mereka akhirnya memilih Great Eastern Bank yang terletak berhampiran Denver,” menurut jurucakap polis.

 

Rompakan tersebut berlaku pada 18 Mac lalu. Saksi berkata, pasangan terbabit masuk ke bank dengan gaya selamba. “Ketika sampai di kaunter, suspek wanita menyerahkan sekeping nota dan beg kepada juruwang.

 

“Sebaik mereka beredar, juruwang itu menjerit bahawa dia telah dirompak,” kata saksi berkenaan.

 

Susulan itu, Davis dan Amanda berdepan tuduhan berkomplot untuk melakukan rompakan.

 

Davis juga didakwa memandu secara berbahaya ketika melarikan diri daripada polis.

 

Dalam pengakuannya kepada pasukan penyiasat di Larimer County, Davis mengaku terpaksa merompak bank kerana perlu menanggung perbelanjaan anak-anaknya, manakala isterinya sudah bosan hidup dalam kemiskinan. – TCD/Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.