PAS Kekal Bersama Pakatan Rakyat – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu kekal bersama Pakatan Rakyat.

 

Beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun berkata, perkara mengenai hubungan bersama pakatan itu tidak diperbincangkan dalam mesyuarat khas parti pada Isnin.

 

“Kami tidak bincangkannya hari ini, kami kekal dengan Pakatan Rakyat,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah isu hubungan bersama pakatan diperbincangkan dalam mesyuarat khas pada Isnin.

 

Konflik hubungan dalam Pakatan Rakyat berikutan tindakan PAS untuk membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang tidak dipersetujui parti sekutunya.

 

Sementara itu, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, satu kenyataan bersama mengenai perkara itu telah dikeluarkan tahun lalu.

 

Jelasnya, hudud adalah hak kerajaan negeri Kelantan dan parti lain hanya boleh bersetuju atau tidak. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.