Lelaki Islam Dipenjara Kerana Janggut

KASHGAR (CHINA) – Seorang lelaki Islam etnik Uighur di sini dihukum penjara selama enam tahun kerana didakwa ‘membuat provokasi’ dengan menyimpan janggut.

 

Lelaki berusia 38 tahun itu didakwa di sebuah mahkamah di Kashgar di wilayah Xinjiang selepas pihak berkuasa beberapa kali memberi amaran kepadanya supaya mencukur janggut.

 

Mahkamah yang sama turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap isteri lelaki itu kerana memakai purdah yang menutup wajahnya.

 

Pihak berkuasa China mengharamkan lelaki menyimpan janggut kerana berpendapat ia mempunyai kaitan dengan pengganas.

 

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh etnik Uighur yang majoritinya beragama Islam. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.