Hasan Malek Nafi Letak Jawatan

Kuala Lumpur – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek menafikan penyebaran gambar yang memaparkan status facebook beliau berkenaan kenaikan harga minyak dan ia adalah palsu.

 

Menurut status yang tersebar itu, Hasan menafikan berlaku kenaikan harga minyak bermula 1 April dan sedia meletakkan jawatan sekiranya berlaku kenaikan harga minyak dalam masa terdekat.

 

“Saya memberi jaminan bahawa tiada sebarang kenaikan harga petrol dan diesel akan dilakukan dalam tempoh terdekat sekalipun berlaku sedikit kenaikan harga bahan bakar di pasaran.

 

“Pada masa ini, harga runcit RON95 adalah kekal pada harga RM1.95 seliter, RON97 pada harga RM2.25 seliter manakala diesel pada harga RM1.95 seliter.

 

“Sekiranya laporan palsu itu benar, saya dengan rela hati meletakkan jawatan sebagai Menteri KPDNKK berkuatkuasa serta merta tanpa prejudis demi kepentingan rakyat,” menurut status yang tersebar itu.

 

Dalam pada itu, Datuk Hasan Malek menerusi status Facebooknya yang terbaru hari ini, menafikan sekeras-kerasnya status yang tersebar itu.

 

Menurutnya, ia merupakan satu kebiadapan dan sikap yang tidak bertanggungjawab.

 

“Kita tunggu pengumuman daripada Kementerian Kewangan. Kami di KPDNKK hanya agensi Perlaksana,” katanya pada ruangan komen di Facebook beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.