Fynn Jamal Tolong Jangan Menyanyi Lagi – Damian VE

Penyanyi Damian VE berpendapat penyanyi Indie-penulis puisi Fynn Jamal tidak boleh menyanyi. Pandangan jujur itu diluahkan melalui status di laman sosial Twitter miliknya, semalam.

 

Bekas anggota kumpulan VE itu juga meminta agar pelantun lagu Arjuna Beta itu supaya berhenti daripada bidang nyanyian.

 

“Maaf, jujur saya cakap. Fynn Jamal Tak boleh menyanyi. Tolong jangan menyanyi lagi,” tulis Damien.

 

Bagaimanapun, pendapat Damien itu kurang disenangi sebilangan peminat Fynn.

 

Namun, Damian tidak cepat melatah sebaliknya menjelaskan:

 

“Saya mungkin tak bersependapat, tapi saya tetap support usaha kalian. Support bukan mengampu je memanjang. Support kena jujur demi kemajuan,”

 

Sebelum ini pernah ada pihak yang menegur cara nyanyian Fynn di sebuah festival. Nama ibu anak satu ni juga pernah terpalit dengan beberapa kontroversi termasuklah tercetus isu gara-gara lirik lagu nyanyiannya, Arjuna Beta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.