Empat Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Lori

Kuantan – Empat sekeluarga maut selepas kereta Proton Waja yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 138 Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah, Rompin, awal pagi tadi.

 

Mangsa yang maut dalam kejadian pada 5.35 pagi itu ialah pemandu kereta berkenaan, Rohaizan Paimon, 38, isterinya, Sallyza Hakim Lokma Nulhakim, 32, serta dua anak mereka, Nur Allysha Adrieanna Hakim, 6, dan Muhammad Nur Irfan Danish, 4 tahun.

 

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata, kesemua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

 

“Kejadian berlaku semasa empat beranak yang berasal dari perumahan Kampung Kerang Darat, Jalan Kuantan By-Pass dekat sini dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan.

 

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu Rohaizan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lau bertembung dengan lori tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Mayat dihantar ke Hospital Daerah Rompin untuk dibedah siasat.

 

Beliau berkata, keadaan di tempat kejadian agak berselekoh dan sedikit berbukit dan polis kini sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.