Agihan Pendapatan 7.75 Sen Seunit Bagi ASB2

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.

 

Ia membabitkan agihan pendapatan tahunan sebanyak 7.50 sen seunit dan agihan pendapatan khas berjumlah 0.25 sen seunit.

 

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM92 juta kepada 103,546 pemegang unit dana berkenaan.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan agihan pendapatan tabung itu di Kuala Lumpur, petang ini.

 

Yang turut hadir ialah Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

 

Ini adalah agihan pendapatan sulung bagi ASB2 sejak dilancarkan pada 2 April tahun lalu sebagai salah satu agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

 

Sambutan masyarakat Bumiputera terhadap ASB2 cukup menggalakkan dengan sejumlah langganan 2.06 bilion unit ASB2 oleh 103,546 pemegang unit. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.