Vladimir Putin Rakam Ucapan Tahniah Kepada Agong

KUALA LUMPUR – Presiden Rusia, Vladimir Putin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengangkat sumpah hari ini.

Kedutaan Rusia di ibu negara berkongsi perutusan khas Putin dalam ruang Facebook rasmi kedutaan itu petang tadi.

Dalam perutusannya, Putin memaklumkan hubungan persahabatan Malaysia dan Rusia telah terjalin secara tradisional.

Vladimir meluahkan harapannya supaya kerjasama dua hala terus kekal demi kebaikan kedua-dua negara itu di bawah naungan Sultan Al-Abdullah.

Malah beliau yakin hasil persahabatan kedua-dua negara dapat memperkukuhkan keselamatan dan kestabilan rantau Asia Pasifik.

Putin juga merakamkan setinggi-tinggi harapan supaya Seri Paduka dikurniakan kesihatan dan kejayaan yang baik dan Malaysia serta rakyat terus hidup sejahtera dan makmur. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.