VIDEO: Wanita Hamil Duduk di Samping Kandang Harimau, yang Terjadi Seterusnya Tak Terduga, Menyentuh Hati!

Haiwan kerap membuktikan bahawa mereka mempunyai kemampuan penglihatan dan pendengaran yang lebih baik berbanding dengan manusia.

Sama seperti peristiwa berikut ini. Menurut en.goodtimes.my, seorang wanita hamil mendapat perhatian yang tidak dijangka dari harimau ketika melawat zoo.

Wanita bernama Natasha Handshoe itu melawat Zoo Potawatomi di South Bend bersama sepupunya, Brittany Osborne.

Reaksi yang tak terduga dari harimau ini dirakam oleh Brittany.

Natasha Handshoe

Pada masa itu Brittany memperhatikan bagaimana harimau yang berada di balik sangkar kaca itu berkelakuan aneh.

Harimau tersebut seperti menyapukan kepalanya ke arah perut Natasha.

Brittany kemudian meminta Natasha untuk berdiri di samping kandang dan menghadapkan perutnya ke arah harimau.

Anehnya, harimau itu kemudian meletakkan kaki dan menyandarkan kepalanya ke kaca seolah-olah sedang berusaha untuk mengurut perut Natasha.

Natasha Handshoe

Kagum dengan interaksi yang jarang berlaku, Brittany kemudian memuat naik video tersebut di Facebooknya.

“Kami pergi ke zoo di Wild Side dan harimau ini tahu bahawa sepupu saya Natasha Handshoe sedang hamil! Ini adalah masa SWEETEST,” tulis Brittany.

(*)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.