Stress Fikirkan Hutang, Wanita Ini Tertidur di Kereta Api, Ketika Bangun Ada Wang Ratus Ribu Di Pangkuannya

Seorang penumpang yang sedang tidur di kereta api itu terkejut apabila bangun menjumpai RM300,000 yang dibungkus dengan sapu tangan yang dibalut di pangkuannya.

Ketika dalam perjalanan dalam kereta api pada hari Sabtu lalu, Ella Johannessen bercakap di telefon dengan ibunya, berkeluh kesah betapa “stress dan kesalnya” di atas kesulitan kewangan yang dialaminya. Dia kemudian tertidur dalam kereta api itu.

Dan ketika terbangun, Ella mendapati sejumlah wang berada di sisinya. Ella telah memuatnaik di Facebook tentang harapannya untuk bertemu dengan orang yang meninggalkan wang itu.

Ella yang merupakan siswazah Leeds Beckett University memberitahu BBC bahawa dia sangat terhutang budi. Dia kini berada pada tahun akhir pengajiannya dan telah berhenti kerja sambilan untuk menumpukan perhatian pada kuliahnya.

Kejadian tidak diduga itu berlaku ketika dia kereta api Timur Pantai Virgin dari Leeds.

“Saya bercakap dengan ibu saya tentang betapa tipisnya dompet saya serta betapa cemasnya saya dengan kewangan saya dan saya menjadi kesal,” tulisnya.

Dia tertidur sesudah itu dan setelah terbangun mendapati wang itu berada di pangkuannya. Ella menangis kerana “sangat bersyukur” atas bantuan orang asing tersebut.

“Setelah saya melewati masa-masa yang buruk selama 18 bulan, termasuk saya kehilangan ayah serta datuk dan nenek, ternyata masih ada orang-orang yang baik hati di dunia ini.”

“Saya ingin mengatakan kepada orang itu bahawa mereka adalah manusia yang hebat dan mereka membuat semangat saya bangkit dan tentu saja wang itu luar biasa sangat membantu saya,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.