Pelakon Glee Mark Salling Bunuh Diri Sebelum Terima Hukuman Pada Mac Ini

Pelakon Glee, Mark Salling dijadual menerima hukuman atas tuduhan memiliki lebih 50,000 imej dan video lucah kanak-kanak pada 7 Mac ini. Namun belum sempat hukuman dijatuhkan, dia telah membunuh diri dengan menggantung diri pada sebatang pokok di kelab menunggang kuda Starwood, yang terletak kira-kira enam batu dari rumahnya di Los Angeles.

Karienya sebagai pelakon telah musnah pada 2015 selepas dia ditangkap kerana memiliki gambar lucah kanak-kanak dengan mangsanya adalah kanak-kanak semuda umur tiga tahun.

Dia dijangka menerima hukuman penjara antara empat ke tujuh tahun selepas menerima perjanjian rayuan pada Disember lalu.

Terdapat dakwaan dia bersetuju membayar mangsanya sebanyak $50,000 setiap orang, sebagai sebahagian daripada perjanjian rayuan berkenaan.

Namun hakim dalam kes itu perlu memberi hukuman penjara kepadanya terlebih dahulu sebelum penalti itu dilaksanakan.

Polis dilaporkan tidak menerima sebarang nota bunuh diri di rumah Salling manakala keretanya berada di kawasan di mana dia menggantung diri.

Pihak polis juga menemui mayatnya secara tidak sengaja, ketika mereka berada di kawasan berkenaan untuk satu kes. Ketika itu mereka menemui kereta Nissan miliknya dan selepas pemeriksaan dilakukan mereka menemui mayatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.