Imam Meninggal Dunia Ketika Pimpin Solat

ALOR GAJAH  —  Seorang imam meninggal dunia ketika mengimami solat zuhur di Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam di sini, semalam.

Mohamad Hashim Kechik, 78 tahun, mengimami 10 jemaah, dalam keadaan duduk, tidak dapat bangun untuk rakaat keempat, lapor Berita Harian.

“Dia (imam) kemudiannya beristighfar tiga kali, sebelum memberi salam dan beberapa jemaah bergegas mendapatkannya,” kata seorang jemaah Syamsul Ab Rahman.

Mohamad Hashim dipercayai sesak nafas dan dibaringkan di riba seorang daripada mereka, sekitar jam 1.30 tengah hari.

Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Durian Tunggal, tiba 15 minit kemudian, mengesahkan imam satu masjid itu sudah meninggal dunia. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.