Tokong Cina Menyerupai Kubah Masjid Dirobohkan

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mengambil tindakan merobohkan tokong Cina menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja di sini pada pukul 9 pagi tadi.

 

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, pembinaan tokong Cina itu dilakukan di atas tanah milik kerajaan.

 

“Pemilik berjanji untuk merobohkannya selepas perayaan Tahun Baharu Cina tetapi gagal berbuat demikian. Oleh itu, kita telah membantu pejabat tanah daerah Klang merobohkannya binaan tokong Cina ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Kelmarin, tindakan tidak bertanggungjawab individu bukan beragama Islam telah membina sebuah tokong Cina menyerupai masjid itu telah menimbulkan kemarahan penduduk.

 

Tokong yang siap dibina Jumaat lalu itu bukan sahaja dicat dengan warna hijau dan kuning, tetapi lengkap dibina dengan kubah serta bulan sabit yang kebiasaannya menjadi simbol bagi sesebuah masjid. – UTUSAN

One thought on “Tokong Cina Menyerupai Kubah Masjid Dirobohkan

  • January 31, 2017 at 11:42 pm
    Permalink

    Betul ke dah roboh… mana buktinya..???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.