Selebriti Youtube, Mat Luthfi Taman Zaman Bujang

KUALA LUMPUR – Selebriti YouTube popular, Mat Luthfi, kini selamat diijabkabulkan bersama gadis pilihannya, Naquiah, Jumaat lalu.

 

Ramai yang berkongsi gambar pernikahan tersebut di media sosial tidak kurang juga turut mengirimkan ucapan tahniah.

 

Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan pengikutnya yang melahirkan rasa terkejut memandangkan graduan Universiti Curtin, Perth, berahsia mengenai kisah peribadinya kepada umum.

 

Sementara itu, ada juga yang turut melahirkan rasa kecewa mereka kerana terlepas peluang untuk memikat jejaka yang bersifat humor itu.

 

Mat Luthfi, atau nama sebenarnya Muhammad Luthfi Rohime, 26, mula mencipta fenomena beberapa tahun lalu dimana videonya di YouTube, membicarakan tentang pelbagai isu semasa dengan gaya bersahaja sehingga menarik perhatian khalayak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.