Video: Pekerja DBKL Maut, Kereta Rempuh Tiang Batu

Petaling Jaya – Seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maut, selepas kenderaan jenis Avanza yang dipandunya, terbabas lalu merempuh tiang batu di kilometer 4.1 Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat atau SPRINT, pagi tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.55 pagi itu, mangsa yang berusia 39 tahun sedang memandu dari arah Damansara menuju pusat bandaraya Kuala Lumpur, sebelum hilang kawalan, sejurus sebelum memasuki Terowong Penchala di lebuh raya berkenaan.

 

 

Menurut jurucakap polis, kenderaan mangsa terbabas dan melanggar tiang batu sebuah pondok untuk penunggang motosikal berteduh di bahu kiri jalan.

 

“Mangsa maut di tempat kejadian, akibat cedera parah di kepala. Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat,” katanya.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.