Sokongan Padu Komuniti Setempat Penentu Kejayaan Pendidikan Negara

Pekan – Sokongan padu dan sumbangan ibu bapa serta komuniti setempat menjadi faktor penentu kejayaan pendidikan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Perdana Menteri berkata perkara itu merupakan input yang penting untuk nilai kejayaan sesebuah sekolah dari segi pencapaian akedemik dan kokurikulum, sekali gus melahirkan modal insan bermutu tinggi.

 

“Kalau kita anggap pendidikan adalah bidang strategik negara, kita perlu menerima hakikat bahawa murid-murid dan remaja adalah aset penting negara yang boleh menjana kekayaan negara.

 

“Malah ia merupakan faktor pengeluaran yang lebih besar nilainya dari hasil bumi, maka segala tumpuan perlu ditumpukan kepada bidang pendidikan negara.

 

“Ia perlu digembleng secara kolektif, komprehensif dan melangkaui peringkat nasional,” katanya pada majlis penyampaian hadiah kecemerlangan UPSR 2014 Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini Sabtu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.