Pendekatan Baharu Bantu Pasukan Penyelamat Kesan Pesawat, Boleh Hantar Isyarat Setiap Minit

Montreal – Semua pesawat komersial di seluruh dunia boleh menghantar isyarat automatik setiap minit dalam kecemasan untuk membantu pasukan penyelamat mengesan pesawat yang terjatuh dengan lebih mudah tidak lama lagi.

 

Pendekatan baharu itu adalah sebagai respons kepada kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing, yang kekal misteri dalam sejarah penerbangan dunia.

Pesawat tersebut yang membawa seramai 239 penumpang termasuk anak kapal masih belum ditemui sehingga hari ini.

Kaedah pengesanan baharu yang disediakan oleh kumpulan industri terbabit akan dikuatkuasakan secara berperingkat menjelang akhir tahun ini, kata  Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). – mStar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.