Maharaja Lawak Mega: Peminat Dakwa Zizan Punca Virus Terkeluar

Kuala Lumpur – Rata-rata peminat yang menyaksikan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) menyalahkan Zizan Razak yang disifatkan sebagai punca kumpulan Virus tersinggkir pada saingan minggu separuh akhir di di Dewan Teater Diraja Selangor malam tadi.

 

Mereka turut mendakwa sejak diawal kemunculan kumpulan Virus yang turut dianggotai Yus dan Tauke, persembahan mereka dilihat kurang menyengat.

 

“Kurangnya keserasian antara mereka juga dikatakan sebagai punca Virus dikatakan gagal memberikan persembahan yang baik dan seringkali kali diumumkan menduduki “Bottom 3″” ujar salah seorang peminat di laman sosial Facebook malam tadi.

 

Ada juga yang menyifatkan Zizan, kurang memberikan komitmen hingga mengundang situasi hambar pada persembahan Yus dan Tauke.

 

“Natijahnya secara keseluruhan kumpulan Virus dilihat tidak berjaya membuat persembahan yang baik dan sering menerima kritikan Juri Profesional yang terdiri dari Datuk Jalaluddin Hasan, Farah Quinn, Taufik Batisha dan Fazura” ujar mereka lagi.

 

Persembahan kumpulan Virus juga dilihat sering menerima kritikan juri iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisah dan Fazura yang mahu mereka bangkit memberikan persembahan lebih baik.

 

Penyingkiran ini sekaligus menyaksikan lima peserta iaitu kumpulan Sepahtu, kumpulan Shiro, kumpulan Bocey, kumpulan Zero dan Nabil akan bertarung merebut gelaran juara dan memenangi hadiah lumayan ditawarkan bernilai RM500,000.

 

Virus sekadar mengutip 48.61 markah dari sistem pemarkahan 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Mereka terpaksa akur dengan penyingkiran ini berikutan memperoleh markah rendah berbanding kumpulan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.