Anak Awie Dakwa Rozana Misbun Menipu

Anak sulung penyanyi rock terkenal Awie, Puteri Aleeya Antasha baru-baru ini telah mendakwa ibu tirinya Rozana Misbun membuat kenyataan palsu kepada media.

 

Aleeya telah memuat naik status di akaun peribadi Facebooknya baru-baru ini dan telah meluahkan rasa kesalnya terhadap ‘penipuan’ dilakukan Rozana.

 

Status tersebut turut dikongsi Aleeya di akaun Instagramnya dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikutnya.

 

Menurut Aleeya, kenyataan Rozana seperti yang dipetik daripada sebuah portal hiburan boleh dianggap mengarut kerana ia adalah pembohongan semata-mata.

 

Antara yang didakwa Aleeya ialah, selama ini ayah dan ibu saudaranya yang akan memastikan dia dan adik-adiknya tidur mengikut waktu, termasuk memastikan alat-alat atau barang-barang persekolahan semuanya lengkap.

 

Aleeya berkata, dia sanggup menjadi saksi di mahkamah sekiranya perlu kerana ayahnya tidak bersalah seperti yang ‘dicanang’ Rozana.

 

Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung Awie, hasil perkongsian hidup bersama penyanyi dan pelakon Arni Nazira. – Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.