PM, TPM Meriahkan Rumah Terbuka Gerakan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri sambutan rumah terbuka Gerakan sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Wawasan, Menara PGRM dekat sini.

Perdana Menteri yang tiba pada pukul 11.40 pagi diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Yang turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sambutan rumah terbuka Gerakan yang dihadiri hampir 5,000 orang tetamu itu diserikan dengan tarian singa dan tarian naga.

Memulakan acara, Perdana Menteri serta kenamaan lain menggaul Yee Sang, menu wajib setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.