Anak Pasangan Malaysia di Sweden Pulang ke Tanah Air

KUALA LUMPUR – Empat orang anak pasangan Malaysia yang ditahan reman di Sweden berlepas pulang ke Malaysia dari Stockholm pada jam 6.30 pagi waktu tempatan, Jumaat bersama-sama Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Ekempat-empat anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal dijangka tiba di tanah air pada hari esok.

Sebelum ini, anak-anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan pasangan itu pada 18 Dis lepas.

Pada Khamis, selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, anak-anak itu yang dikenali sebagai Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif,7, dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia di sini pada 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.