Aliran Trafik Dari Ibu Negara ke Utara, Selatan Mulai Sesak

KUALA LUMPUR – Aliran trafik dari ibu negara ke utara dan selatan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) mulai sesak tengah hari ini berikutan pertambahan kenderaan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata, aliran trafik ke selatan melibatkan antara Bangi ke kawasan hentian rehat Seremban, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Nilai serta dari utara ke Rawang.

“Kesesakan juga melibatkan kawasan dari utara menuju ke Rawang, dari Slim River menuju ke Sungkai serta dari Tapah menuju ke Gopeng,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.