“Jangan Cabar Allah”, Netizen Nasihatkan Safiey Illias Yang Selamba Berbikini Walau Baru Kemalangan

SHAH ALAM – Siapa yang tidak kenal dengan jutawan kosmetik muda, Safiey Illias.

Usahawan berusia 24 tahun itu pernah mencetuskan ‘fenomena’ pada awal 2016 gara-gara tindakan nekadnya yang berhijrah daripada dunia maknyah.

Penghijrahannya itu mendapat liputan media secara besar-besaran, malah ramai memuji dan mengagumi tindakan ‘mulia’ Safiey yang diharapkan dapat menjadi contoh dan tauladan kepada golongan transgender yang lain.

Bagaimanapun, beberapa bulan selepas itu beliau mengejutkan masyarakat dengan keputusannya untuk kembali seperti ‘dulu’ kerana beralasan sudah terlampau penat untuk menjadi baik.

Tidak pernah lekang dengan kontroversi, Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias terbaharu tampil ‘berani mati’ dengan berbikini dan memuat naik videonya di laman sosial Instagram. 

Tindakannya itu mengundang kecaman netizen yang ‘sakit mata’ dengan aksi berani matinya.

Dalam nada keras, seorang pengguna akaun @danieluzzei memberi amaran kepada Safiey untuk bertaubat dan jangan mencabar Allah dengan aksi beraninya itu, lantaran baru sahaja mengalami kemalangan beberapa hari lalu.

“Satu tanda Allah dah bagi iaitu kereta BMW i8 accident.. Nak ke sampai satu masa dengan izin-Nya rumah kau yang besar tu pulak meletup? Jangan cabar Allah, bang,” tulisnya.

 

Safiey baru-baru ini berkongsi berita dirinya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sehingga kereta mewah BMW i8 miliknya remuk di bahagian hadapan.

Menerusi kapsyen gambar keretanya yang remuk itu, Safiey menganggap kejadian itu terjadi sebagai balasan ALLAH (S.W.T) terhadap dirinya yang sebelum ini berniat untuk menukar jantina.

“Mungkin ini balasan ALLAH kepadaku kerana mahu nak potong kemaluan. Ampunkan aku ALLAH,” tulisnya. 

Dalam pada itu ada juga netizen yang meluahkan rasa kecewa kerana sikap penyanyi lagu Syinta Gila yang didakwa sebagai hipokrit dan munafik.

Tidak kurang juga ada yang meminta agar Safiey segera bertaubat dan menjadi tauladan kepada golongan sepertinya. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.