Adam Corrie Sunat Cahaya Mata 5 Bulan

KUALA LUMPUR – Pelakon, Adam Corrie telah mengkhatankan anak lelakinya iaitu Adam Fateh Lee yang kini baharu berusia lima bulan.

Menerusi Instagramnya, Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 50, sempat bergurau bahawa dia hanya berkhatan pada usia 38 tahun.

“Alhamdulillah Fateh. Sudah sunat/ berkhatan pagi tadi. Fateh kuat… Ini muka belum sunat, gambar kedua ready dah nak kena sunat dan gambar nombor 3 .. dah selesai sunat.

“Alhamdulillah.. semoga Fateh menjadi anak yang soleh dan jadi penyambung Dakwah Rasulullah SAW.

“Terima Kasih Dr Usamah dan nurse-nurse yang sunat Fateh tadi.

“Bidadari saya iaitu mak Fateh tukang ambil gambar dan nangis. Abah tukang zikir kat telinga Fateh masa sunat.

“Saya sunat setahun sebelum saya syahadah. Saya tahu sunat ini bagus untuk kebersihan diri. Saya berkhatan ketika usia 38 tahun. Fateh sunat usia lima bulan. Semuannya dengan izin Allah,” tulisnya berkongsi pengalaman.

Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.