Netizen Loya Aliff Syukri Masak Dekat Tandas

Perkongsian jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri mengenai resipi lauk kampung ‘pucuk ubi masak sengang banjar’ mendapat perhatian netizen.

Pun begitu, bukan resipi yang diperkatakan sebaliknya tempat Aliff memasak yang menjadi tumpuan.

Ini kerana melalui video tersebut dilihat Aliff dan pembantunya memasak di tandas. Jelas kelihatan berhadapan dengan mangkuk tandas.

Kemudian, mangkuk itu pula dalam keadaan yang terbuka. Ini lebih membuatkan netizen merasa loya.

Ramai pengikut-pengikut Aliff yang memberi komen bahawa tindakan abang kosmestik terlajak laris ini sebagai tidak wajar, petik Sinar

Namun ada juga yang positif mengatakan mungkin tandas tersebut tidak digunakan lagi.

Walau apa pun mungkin Aliff mempunyai alasan sendiri mengapa dia memasak di dalam tandas tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.