Ibu Miliki 10 Anak Lelaki

LONDON – Seorang ibu yang mempunyai 10 orang anak kesemuanya lelaki mengakui terpaksa melakukan pelbagai ‘kerja berat’ bagi membesarkan mereka.

Bekas jururawat itu, Alexis Brett, 38, berkata, dia akan bangun seawal 5.30 pagi pada setiap hari untuk memulakan kerja-kerja membersihkan rumah termasuk memasak dan mengurus anak-anaknya.

“Setiap hari, saya akan membasuh baju sebanyak lima kali dengan menggunakan mesin basuh selain membersihkan rumah dengan menggunakan vakum sebanyak tujuh kali sehari,” katanya, lapor Kosmo

Bagaimanapun, suaminya David, 43, yang merupakan pemandu kereta api banyak membantunya jika tidak bekerja dengan memasak. Dia kadangkala menjaga anak-anak mereka yang masih kecil walaupun disahkan menghidap penyakit Parkinson kira-kira lima tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan anak lelaki berumur 16, 14, 12, 9, 8, 7, 5, 3 dan 2 tahun, manakala yang paling kecil berusia tujuh bulan.

Biarpun, dibebani dengan kerja rumah yang melampau, Brett masih mempunyai masa untuk ke gimnasium sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu.

“Saya tetap gembira meskipun tidak dikurniakan anak perempuan. Mungkin saya dilahirkan untuk membesarkan mereka,” katanya yang menegaskan tidak akan menimang cahaya mata lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.