Tiada Sebab Letak Jawatan – Van Gaal

Pengurus Manchester United, Louis van Gaal bertegas menyatakan beliau tidak mempunyai sebab untuk meletakkan jawatan walaupun skuadnya terus kemarau kemenangan.

 

“Saya tidak boleh mempunyai apa-apa pengaruh ke atas isu ini. Saya hanya bekerja bersama pemain saya dan kamu melihat sendiri mereka bertarung untuk saya dan memberikan prestasi yang baik.

 

“Malah selepas perlawanan ini, penyokong juga bertepuk tangan, jadi saya tidak boleh kata yang saya terlalu bimbang tetapi dalam dunia bola sepak, kamu sama sekali tidak akan tahu.

 

“Saya mempunyai keyakinan penuh ke atas ahli lembaga dan pemain. Apabila pemain memberi prestasi seperti itu ketika berada dalam tekanan seperti ini, maka tidak ada alasan untuk meletak jawatan. Mungkin itu yang media mahukan, tetapi saya tidak akan melakukannya,” katanya.

 

United gagal memperoleh kemenangan sebanyak lapan kali berturut-turut termasuk semasa menentang Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi semalam apabila hanya terikat seri tanpa jaringan.

 

Walaupun ramai memberi tekanan terhadap kedudukan Van Gaal tetapi bekas pengurus  skuad kebangsaan Belanda  itu menegaskan beliau tidak akan berundur selagi pemainnya boleh menunjukkan prestasi terbaik di padang.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.