Tentera Bawa Ahli Keluarga Untuk Pengecaman

SHAH ALAM – Tentera Darat (TD) mengesahkan menerima maklumat terkini daripada Penolong Penasihat Pertahanan Kedutaan Malaysia di Washington DC, berhubung penemuan mayat yang disyaki seorang pegawainya iaitu Kapten Hasman Hussin yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan banjir di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

 

Dalam satu kenyatan yang dikeluarkan Markas Tentera Darat hari ini menjelaskan, Pegawai Perhubungan Awam Kolej, Charlie Rodges memaklumkan jenazah telah dijumpai pada 28 Disember 2015, jam 11;00 pagi waktu tempatan di lokasi kejadian yang belum dikenal pasti.

 

“Jenazah telah dibawa ke rumah mayat Hospital Fort Leonanrd Wood. Keluarga arwah telah dimaklumkan tentang penemuan ini oleh pegawai kanan Tentera Darat di rumah Allahyarham di Felda Palong, Negeri Sembilan dan di Masjid Tanah Melaka.

 

“Pihak TD sedang berusaha menguruskan pergerakan waris terdekat mangsa ke AS bagi tujuan proses pengecaman dan pengesahan jenazah, urusan membawa balik jenazah sedang diusahakan secepat mungkin dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di AS dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur,” katanya kenyataan itu.

 

Dalam pada itu, kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia dan seluruh warga Tentera Darat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan akan memastikan segala urusan membawa pulang dan pengebumian jenazah berjalan lancar.

 

Dalam pada itu memetik laporan Kansascity.com, polis di wilayah Pulaski Couty, Ron Long mengesahkan bahawa mayat yang dipercayai anggota angkatan Tentera Darat, Hasman Hussin telah ditemui pada selasa lalu.

 

Long berkata, jenazah itu ditemui oleh pegawai Peronda Lebuhraya Missouri State ketika membuat rondaan di kawasan kereta Hasman dihanyutkan.

 

“Mayat itu ditemui kira-kira enam batu daripada kenderaan mereka yang telah dihanyutkan itu,” kata Long.

 

Dalam pada itu, 13 orang termasuk Hasman dan empat rakan-rakannya dilaporkan telah mati lemas dalam banjir yang berlaku di Missouri sejak minggu lalu.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.