Video : Sambutan Krismas Diraikan Pelbagai Kaum Dan Agama

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sambutan krismas yang diadakan pada tahun ini sangat meriah.

 

Beliau berkata, sambutan perayaan ini bukan sahaja dihadiri orang kristian, malah, warga kota daripada pelbagai bangsa dan agama.

 

“Saya gembira, bukan sahaja orang beragama Kristian yang hadir, malah orang beragama Islam, Hindu dan Budha juga turut hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka ini.

 

“Malah, kawan-kawan kita sahaja daripada komponen BN sahaja yang hadir tetapi pembangkang juga turut sama meraikannya. Ini menunjukkan keakraban dapat diterapkan dan kita mahu warga Wilayah Persekutuan ini ceria.

 

“Tahun lepas kita bagi hadiah, tapi kali ini kita bagi mereka duit, biar diaorang nak beli apa pun, itulah yang mampu kita lakukan,”katanya selepas mengagihkan wang krismas kepada warga Wilayah Persekutuan, di Majlis sambutan rumah terbuka Krismas peringkat Wilayah Persekutuan, disini petang tadi.

 

Sementara itu, seorang penerima sampul wang krismas yang hanya mahu dikenali sebagai Vivi berkata, kali ini dengan menerima wang merupakan langkah yang lebih baik daripada pihak kerajaan berbanding menerima hadiah seperti tahun lalu.

 

“Ini dapat membantu perbelanjaan seisi rumah berbanding menerima hadiah,”katanya yang menerima sampul krismas yang diagihkan bernilai RM30.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.