Ozil Setaraf Bergkamp

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger memuji aksi memukau Mesut Ozil ketika membantu The Gunners memimpin kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth, awal pagi semalam.

 

Menurut Wenger, persembahan terbaik Ozil itu meletakkannya setaraf legenda Arsenal, Dennis Bergkamp sambil menggambarkan perancang kebangsaan Jerman itu pemain yang serba lengkap.

 

“Dia sudah jadi pemain sensasi, saya amat gembira prestasinya. Sudah tentu dia seorang pemain terbaik di Eropah.

 

“Di posisinya, dia cukup sensasi. Bergkamp lebih kepada penjaring gol berbanding dia yang lebih kepada bantuan, namun dia kini turut menjaringkan gol, jadi mereka benar-benar boleh dibandingkan.

 

“Memiliki kualiti teknikal dan sesuatu yang paling saya nikmati ialah ketika dia melakukan hantarannya,” katanya.

 

Dalam perlawanan itu, Ozil bukan sahaja meledak satu gol tetapi juga mencipta gerakan bantuan untuk gol kedua Arsenal pada aksi di Emirates sekali gus menambah jumlah gerakannya yang berjaya menghasilkan jaringan kepada 16 sepanjang musim ini.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.