Mayat Tentera Malaysia Hanyut Banjir Di AS Ditemui

MISSOURI – Mayat pegawai Tentera Darat Kapten Hasman Hussin, 34, yang ‎ dilaporkan hilang dihanyutkan air deras di Missouri Amerika Syarikat telah ditemui.

 

Perkara itu disahkan jurucakap Kementerian Pertahanan dan kenyataan media berkenaan kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

 

Semalam Tentera Darat mengesahkan telah menerima maklumat dari Penolong Penasihat Pertahanan Kedutaan Malaysia di Washington DC, berkenaan kehilangan Hasman.

 

Hasman Hussin, seorang Angkatan Tentera Malaysia yang sedang menuntut di Fort Leonardwood, Missouri, Washington, Amerika Syarikat disyaki hilang apabila kereta yang dinaiki bersama empat rakannya dihanyutkan oleh air banjir.

 

‎Kesemua empat mayat rakannya telah ditemui semalam.

 

Hasman sedang mengikuti kursus Engineer Captains Career Courses di Fort Leonard Wood, Missouri, Amerika Syarikat mulai 1 Oktober hingga 15 April 2016. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!