Jambatan Purba Runtuh

UNITED KINGDOM – Sebahagian jambatan purba di North Yorkshire, United Kingdom runtuh ke dalam Sungai Wharfe.

Bahagian besar struktur jambatan pada abad ke-18 itu terjerumus ke dalam sungai akibat banjir yang menjejaskan kawasan di utara England itu.

 

Kejadian itu menyebabkan paip pecah dan gas bocor berlaku.

 

Sementara itu, kawasan utara England masih ditenggelami air selepas hujan lebat melanda sejak beberapa minggu lalu sekaligus menyebabkan banjir besar.

 

Beribu-ribu penduduk di York terpaksa dipindahkan.

 

Walaupun air di beberapa kawasan dilaporkan sudah surut namun hujan lebat dijangka turun hari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.