Hanez Suraya Timang Cahaya Mata Perempuan

KUALA LUMPUR – Pelakon kontroversi, Hanez Suraya selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 9.48 malam tadi.

 

Berita Hanez yang melahirkan bayi perempuan seberat 3.5 kilogram secara normal di Pusat Perubatan Prince Court itu, dikongsi oleh suaminya, Romie Razin Adilha.

 

Hanez, 30, dan Romie, 35, bernikah pada Mac lalu selepas berkenalan selama dua tahun.

 

Pasangan ini berdepan pelbagai kemelut dan kontroversi timbul berikutan status Romie yang ketika masih suami orang dan memiliki dua anak lelaki.

 

Sebelum itu mereka mengikat tali pertunangan pada 3 Januari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.