VIDEO: Selfie Banjir, Azwan Ali Dikritik Lagi

Kuala Lumpur -Pengacara sensasi, Azwan Ali kembali dikritik hebat oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana ‘selfie’ ketika banjir di Kuala Kangsar baru -baru ini.

Azwan di dalam rakamn video berdurasi 0:15 saat itu berkata akhirnya dia dapat merasai pengalaman banjir.

“Sebab kita tidak pernah merasa banjir di Kuala Lumpur.

“Lihatlah orang-orang Perak” katanya melalui rakaman video tersebut.

Rata-rata memberikan komen tidak bersetuju dengan tindakan tersebut yang dilihat hanya ingin mencari publisiti murahan berbanding membantu mangsa yang terlibat dengan banjir.
Malah ada dikalangan mangsa banjir yang turut dikatakan kurang senang dengan komen yang diberikan Azwan itu.

Azwan sebelum ini pernah dikritik hebat kerana tindakan ‘selfie’ ketika ribuan rakyat Malaysia sedang bertafakur bagi mengingati mahas nahas MH17pati.

Masyarakat merasakan tindakan Azwan itu sangat melampau dan tidak sensitif kerana tidak menghormati perasaan khusus kaum keluarga waris yang sedang bersedih.

Selain Azwan pelakon dan usahawan Fizo Omar turut dikritik segelintir pengikut laman Instagram miliknya yang mengecam tindakan dia memuat naik gambar selfie ketika dalam perjalanan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan pada Ahad lalu.

 

Baca: Selfie Ketika Tafakur: Diri Sejijik Ahli Neraka, Kan Dah Kena Block – Azwan Ali

Baca: Fizo Kesal, Gambarnya Beri Bantuan Mangsa Banjir Jadi Isu Negatif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.