Tony Fernandes Sedih, Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa QZ8501

Kuala Lumpur – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga mangsa pesawat AirAsia QZ8501  selepas mendapat laporan terbaru bahawa serpihan pesawat dan beberapa mayat terapung telah ditemui di lokasi pencarian.

Tan Sri Tony Fernandes menulis di laman Twitter,  tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan sedihnya terhadap insiden tersebut.

Fernandes berkata beliau akan berlepas ke Surabaya secepat mungkin.

Menurut laporan, Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia mengesahkan bahawa serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.