Tentera Udara Nampak Bayang Terdampar Di Lokasi QZ8501 Dilaporkan Hilang

Jakarta – Sebuah pesawat tentera udara ternampak bayang seakan sebuah jet komersial terdampar di dasar laut di mana pesawat AirAsia QZ8501 didapati hilang.

“Pada 00:50 angkatan udara Hercules mendapati objek digambarkan sebagai bayang-bayang di bahagian bawah laut dalam bentuk kapal terbang,” kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia Bambang Soelistyo pada satu sidang akhbar.

Menurut Soelistyo, carian kini tertumpu di lokasi di mana bayang dan serpihan telah dijumpai, sekitar 160 kilometer (100 batu) di barat daya bandar Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah di pulau Borneo.

“Semua aset di kawasan itu serta pegawai SAR akan dikerahkan ke lokasi,” katanya.

“Tugas mereka adalah untuk mencari dan memindahkan semua objek atau mayat penumpang,” katanya.

“Saya akan memastikan semua mereka dibawa ke Pangkalan Bun, landasan kapal terbang terdekat dari lokasi objek itu,” katanya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.