Pesawat AirAsia Terbabas Di Filipina

Manila – Sebuah pesawat milik AirAsia Zest terbabas dari landasan selepas mendarat di Lapangan Terbang Kalibo, Pulau Panay, Filipina, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang (waktu tempatan) itu, pesawat yang membawa 184 penumpang dan anak kapal itu dikatakan mengalami masalah tayar ketika mendarat.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa ataupun kecederaan dilaporkan berlaku kepada penumpang dan anak kapal di dalam pesawat malang itu.

Menurut seorang wartawan Damazo Santos yang turut berada di dalam pesawat berkenaan, semua penumpang terpaksa dikeluarkan dari pesawat menggunakan gelungsor kecemasan.

“Enjin terus dimatikan dan kami diarahkan keluar tanpa membawa bagasi.

“Jentera bomba turut bersedia di lokasi untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” dalam kenyataan yang dipetik dari akaun twitternya, sebentar tadi.

Airaasia terbabs 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut wartawan Rappler Indonesia, Jet Damazo Santos sejurus selepas pesawat tersebut berhenti semua penumpang diarahkan segera meninggalkan pesawat mengunakan gelunsor kecemasan yang diturunkan.

“Selepas pesawat diberhentikan, kami diarahkan segera turun dan meninggalkan semua barang keperluan.

“Malah trak pemadam kebakaran turut berada berhampiran pesawat bagi mengelakkan sebarang kejadian kejadian tidak dingini” katanya.

Beliau turut menjelaskan insiden tersebut telah  ditanggani dengan baik oleh semua krew kabin yang bertugas.

“Rasanya tiada penumpang yang dilaporkan cedera, dan kejadian mungkin berpunca dari keadaan cuaca yang buruk hingga menyebabkan pesawat tersebut mendarat melebihi landasan” ujarnya lagi.

Semua penumpang kemudiannya dibawa ke terminal Kalibo manakala mereka yang berusia diberi rawatan perubatan yang diperlukan.

Terdahulu, pesawat AirAsia penerbangan FD3254 terpaksa berpatah balik ke Bangkok dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, akibat bunyi bising dalam tempat simpanan bagasi.

Ketika kejadian, pesawat itu baru berlepas dari Lapangan Terbang Khon Kaen, di Bangkok pada jam 11.10 pagi Selasa, dalam penerbangan ke tenggara Thailand.

Semalam pula, penumpang sebuah pesawat AirAsia Zest cemas, apabila tayar pesawat itu rosak di bandar Tagbilaran, tengah Filipina.

Agensi berita AP melaporkan, sejurus masalah itu dikenal pasti, pesawat yang dimiliki AirAsia Filipina dengan 178 penumpang dan enam anak kapal itu, membatalkan penerbangannya untuk dibaik pulih, sebelum meneruskan penerbangan ke Manila.

Pada Isnin juga, pesawat AirAsia yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ke Langkawi, Kedah dilaporkan terpaksa berpatah balik, selepas 10 minit penerbangan kerana ‘masalah teknikal’.

Jurucakap LTAPP ketika dihubungi berkata, pesawat AK6242 yang berlepas pada jam 4.30 petang itu, sepatutnya mendarat di Langkawi pada jam 5.05 petang Isnin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.