Mayat Membengkak Disangka Pelampung

Jakarta – Pembantu juruterbang, Hercules C130 mendakwa melihat objek seperti mayat manusia terapung di Selat Karimata disamping objek lain yang dikatakan seperti pelampung dan serpihan pesawat.

Menurut Leftenan Satu Tri Wibowo, pada awalnya beliau melihat seperti manusia yang sedang melambai-lambai kearah pesawat tetapi selepas mendekati ia menyerupai jasad manusia yang sudah membengkak.

“Tetapi selepas kami dekati, nampak ia sudah membengkak. Ia kelihatan melambai-lambai mungkin kerana dipukul ombak,” kata Tri dipetik Kompas.com, sebentar tadi.

Susulan itu, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia dikerah memindahkan jasad penumpang AirAsia yang ditemui ke Pangkalan Bun yang dijadikan pusat operasi sementara.

Beberapa jenazah dilaporkan ditemui di lokasi sekitar 190 kilometer arah barat daya Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo sebelum ini turut mengesahkan serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi milik pesawat AirAsia, QZ8501 yang hilang, Ahad lalu. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.