Harga Petrol Dan Diesel Dijangka Turun – Ahmad Maslan

Kuala Lumpur – Harga petrol RON95 dan diesel dijangka turun kepada RM1.90 hingga RM1.95 seliter mulai 1 Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

“Harap peniaga-peniaga akan turunkan harga barang!” tambah Ahmad (kanan) di Twitter sebentar tadi.

RON95 kini dijual pada RM2.26 seliter manakala diesel pula RM2.23 seliter.

Ahmad pada 19 Disember lalu berkata harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun bawah paras RM2 seliter mulai 1 Januari jika harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.

Katanya, harga runcit itu boleh dicapai kerana bagi 18 hari pertama bulan ini, harga purata minyak RON95 dan diesel jatuh di bawah paras RM2 seliter.

Kerajaan kini mengguna pakai kaedah apungan terkawal bagi menentukan harga minyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.