Facebook Mohon Maaf Aplikasi “Year Review” Tidak Sensitif

Washington – Pihak pengendali laman sosial paling popular, Facebook terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka apabila penggunanya membuat aduan tidak berpuas hati mengenai aplikasi “Year Review” (Imbasan Tahunan) yang diperkenalkannya.

Ia berikutan aplikasi berkenaan, yang memilih gambar-gambar dan peristiwa yang dimuat naik oleh pengguna sepanjang tahun secara automatik sebagai sedutan peristiwa menarik didapati turut memuatkan peristiwa sedih serta tragedi.

Antaranya seorang perunding reka bentuk web, Eric Meyer yang mengatakan laman sosial itu tidak sensitif apabila aplikasi “Imbasan Tahunan” Facebook turut memilih gambar anak perempuan beliau yang meninggal dunia akibat kanser otak pada ulang tahun kelahirannya yang keenam secara automatik sebagai peristiwa menarik.

Selain Meyer, ramai lagi pemilik akaun Facebook juga membuat aduan yang sama, termasuk yang mengadu aplikasi itu memilih gambar rumah teman lelakinya yang terbakar sebagai peristiwa menarik sepanjang 2014 dan dimasukkan dalam “Imbasan Tahunan”.

Ekoran itu, Pengurus Produk Facebook, Jonathan Gheller tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya minta maaf. Niat kami untuk mengingatkan kembali kenangan gembira penggguna sepanjang tahun ini tetapi malangnya aplikasi ini telah membawa kesedihan dan bukannya kegembiraan,” katanya kepada Washington Post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.