Ekoran Masalah Teknikal, Pesawat AirAsia Terpaksa Balik Ke Bangkok

Bangkok – Sebuah pesawat AirAsia yang dalam penerbangan ke tenggara Thailand, terpaksa berpatah balik ke Bangkok, ekoran “ketidaktentuan” dalam tempat simpanan.

Menurut pegawai syarikat penerbangan tambang murah itu, penerbangan FD3254 kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok, sejurus ia berlepas dari Khon Kaen, pada jam 11.10 pagi tadi.

“Setelah berlepas dari Don Mueang, juruterbang mengesan sedikit ‘ketidaktentuan’ dalam tempat simpanan.

“Jadi, pesawat itu kembali mendarat di Lapangan Terbang Antarbangsa Don Mueang untuk menjalani pemeriksaan lanjut, demi kepentingan keselamatan penumpang,” demikian menurut kenyataan Thai AirAsia.

Jurucakap AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang memaklumkan, pesawat itu berpatah balik ke Bangkok, selepas juruterbangnya terdengar bunyi bising dalam tempat simpanan bagasi.

Dia bagaimanapun tidak dapat mengesahkan punca bunyi bising itu.

Menurut kenyataan itu, selepas pemeriksaan lanjut, jurutera mendapati tiada masalah teknikal yang boleh menjejaskan keselamatan penerbangan FD3254.

Sehubungan itu, pesawat berkenaan dibenarkan menyambung semula penerbangan.

Menurut pegawai, tiada penumpang membatalkan perjalanan mereka dan pesawat itu selamat tiba di destinasinya, sejam selepas masa dijadualkan.

Kejadian ini berlaku, selepas pihak berkuasa Indonesia mengesahkan serpihan yang dijumpai di Selat Karimata, milik pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan kru, dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, pada pagi Ahad lalu.

Setakat 5.45 petang Selasa, pasukan mencari dan menyelamat telah menemui lebih 40 mayat di Selat Karimata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.