ATM Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra Diserbu

Kota Bharu – Dua mesin Pengeluaran Wang Automatik( ATM) di dalam terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini diserbu orang ramai selepas ia boleh digunakan.

Tinjauan Harian Metro mendapati dua daripada tiga mesin ATM itu boleh digunakan sejak 4 petang tadi selepas tergendala sejak empat hari lalu dan orang ramai beratur panjang untuk mengeluarkan wang.

Penduduk, Hashim Azman, 45, berkata, kebanyakan mesin ATM di daerah ini tidak boleh digunakan sehingga orang ramai berdepan kesukaran.

“Saya terpaksa berjimat cermat sebelum ini berikutan tidak boleh mengeluarkan wang.

“Saya bimbang jika berlaku kecemasan,” katanya.

Menurutnya, dia berharap mesin ATM itu terus dapat digunakan bagi mengelakkan orang ramai berdepan masalah. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.