4 Masih Belum Ditemui, 9 Disahkan Maut Di Kelantan

Kota Bharu – Jumlah kematian yang direkodkan dalam kejadian banjir yang melanda Kelantan sejak 17 disember lalu adalah 9 orang, manakala 4 lagi dilaporkan masih hilang dan belum dijumpai.

Menurut kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, tiga kematian di Kota Bharu, 4 di Pasir Mas dan 2 di Tumpat, manakala 1 kes kehilangan dilaporkan di Pasir Mas dan 3 di Kuala Krai.

Banjir yang melanda kali ini dikatakan agak besar gelombangnya, air yang naik secara mendadak dan arus deras yang memusnahkan beberapa tempat dan daerah sehingga ada mangsa yang terperangkap di sesetengah tempat seperti Kuala Krai dan Gua Musang.

Namun begitu beberapa sungai di negeri ini seperti Sungai Kelantan di Kota Bharu, Kuala Krai dan Kusial juga terus menunjukkan trend penurunan manakala Sungai Golok di Rantau Panjang pula masih mendatar walaupun masih berada pada paras bahaya.

Dikatakan fenomena ‘New Moon’ dan monsun had tinggi serta deras menjadi faktor luar biasa punca banjir teruk di Kelantan tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.