Wanita UMNO Anjur WISE Terangkan ICERD, Jemput PAS

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO mengadakan sebuah program untuk memberi penerangan tentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Kata ketuanya Datuk Dr Noraini Ahmad, Program Wanita dan Isu Semasa (WISE) yang akan diadakan pada 1 Disember tidak bersifat politik namun atas kesedaran parti itu untuk memberi pemahaman kepada masyarakat betapa pentingnya ICERD ditentang.

“Wanita UMNO melihat bahawa masyarakat pelbagai peringkat harus peka dan memahami perkembangan isu ICERD.

“Apatah lagi isu ini melibatkan usaha kerajaan Malaysia untuk menandatangani dan membuat ratifikasi ICERD dan telah membangkitkan kemarahan orang Melayu kerana pelbagai peruntukan di bawahnya jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pakatan Harapan menerusi Pejabat Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan untuk tidak menandatangani ICERD.

Keputusan itu diumum selepas pelbagai bantahan diadakan terhadapnya, namun UMNO berkata ianya diragui bersifat sementara.

Noraini dalam pada itu menerusi kenyataan media hari ini, ICERD telah lama diperjuangkan oleh pihak asing dan mahu memastikan Malaysia menjadikan Malaysia salah sebuah negara yang menandatanganinya.

WISE yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 10 pagi itu kata Noraini terbuka untuk semua ahli Wanita UMNO, Muslimat PAS, badan-badan bukan kerajaan (NGOs), profesional, pemimpin serta pelajar universiti wanita.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.