Heret Individu Yang Cederakan Adib Ke Mahkamah, Kata Anwar

KUALA LUMPUR – Individu yang menyebabkan keceraan serius terhadap anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, parah dipukul ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selasa lalu perlu dihadapakan ke Mahkamah, kata Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan tegas perlu diambil kerana sikap berani individu terbabit yang menyerang dan mencederakan kakitangan kerajaan.

Memetik laporan Berita Harian, Anwar berkata, biarpun rusuhan itu adalah perkara sensitif, namun jangan sesekali melanggar ‘hukum’ dengan memukul anggota kerajaan hingga menyebabkannya parah.

“Soal orang yang melanggar hukum ini (melanggar undang-undang) mesti diambil tindakan tegas, supaya orang lain menghormati kita (kerajaan).

“Kalau dia (perusuh) sekadar membantah, itu boleh diterima, tetapi jika sampai tahap memukul kita tidak bertoleransi,” kata Anwar.

Anwar berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari bagi mengetahui perkembangan kes dan dimaklumkan ia memerlukan dua atau tiga hari lagi untuk diselesaikan.

Semalam, pihak Polis mengeluarkan kenyataan kepada orang awam agar tidak terperdaya dengan berita palsu yang disebarkan di sosial media seperti whatsapp dan internet bagi mengelakkan kebimbangan orang ramai.

Isnin lalu, berlaku rusuhan yang melibatkan ribuan kaum India akibat dari pertikaian pemindahan rumah ibadat kuil di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya. – Suara.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.