Harga Diesel dan Petrol RON95 Kekal, RON97 Turun
HARGA petrol RON97 turun kepada RM2.50 seliter sepanjang 1 Disember ini, manakala harga RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2,20 dan 2.18 seliter.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataannya berkata, pihaknya menurunkan harga bahan bakar itu sebanyak 31 sen.
Harga itu berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam ini dan kekal sehingga 31 Disember ini sehingga pengumuman seterusnya dilakukan.
Sementara itu, harga untuk RON95 kekal tidak berubah sejak 30 Mei lalu. – Hmetro