Hairul Azreen Tak Mengharap Bonus Paskal

KUALA LUMPUR – Pelakon Hairul Azreen tidak kisah sekiranya tiada bonus yang akan diberikan selepas filem lakonannya, Paskal berjaya mencatat kutipan sebanyak RM30 juta.

Menurut Hairul Azreen Idris, 30, diangkat untuk memegang watak utama dalam filem itu sudah cukup menggembirakannya.

“Saya tak tahu fasal bonus. Tapi bagi saya, bonus ini merupakan hadiah dan kalau ada, itu namanya rezeki untuk kami.

“Tapi saya tak kisah sekiranya tiada bonus yang diberikan. Untuk saya, dapat watak utama dalam filem itu pun dah cukup gembira buat saya,” katanya.

Pengarah filem itu, Adrian Teh menjelaskan produksi Asia Tropical Films belum memutuskan sama ada ingin memberi bonus atau tidak kepada barisan pelakon.

Kata Adrian, pihaknya perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak pelabur mengenai perkara tersebut.

Selain Hairul, filem itu turut dibintangi Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Amerul Afendi dan Jasmine Suraya Chin.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.