Gegaran Misteri Pada 11 November Tidak Dirasai Seluruh Dunia

KUALA LUMPUR – Satu gegeran misteri telah terjadi pada 11 November lalu di seluruh dunia dan tidak dirasai oleh sesiapa pun, dan ternyata mengejutkan para saintis.

Gegaran yang dipanggil dengan nama gegaran seismik itu telah bermula di sebuah pulau kecik di Perancis antara Afrika dan utara Madagascar yang juga menyebabkan sensor di Zambia, Kenya dan Ethiopia beralih sebelum ia ditemui di Chile, New Zealand, Kanada dan Hawai sejauh hampir 17,702 kilometer (km).

Memetik laporan dari The Sun, pulau kecil itu sering mengalami gempa sejak Mei lalu dan gegaran yang paling kuat berlaku pada 8 Mei dengan 5.8 magnitud.

Goran Ekstrom, ahli seismologi di Universiti Colombia berkata, dia sendiri tidak pernah melihat kejadian seumpama itu terjadi.

Pusat Pemerhati Perancis mengesyaki  terdapat gunung berapi baharu mungkin terbentuk di luar pantai Mayotte yang wujud hasil daripada aktiviti vulkanik yang tidak aktif selama lebih 4,000 tahun.

Laporan itu disokong dengan sensor GPS yang mengesan pergerakan Mayotte ke tenggara kira-kira 5 sentimeter dalam tempoh kurang daripada lima bulan.

Pakar-pakar sehingga kini masih lagi melakukan kajian dan membahaskan punca kejadian pada 11 November itu dan berpendapat puncanya sama ada dari ujian nuklear, kapal selam atau gunung berapi. -Suara.TV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.