Banyak rumah ibadat dibina secara haram- Zuraida

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin akui banyak rumah ibadat yang dibina secara haram.

Oleh katanya itu wujud keperluan untuk mengadakan satu undang-undang yang akan memberikan syarat pembinaan rumah ibadat di bawah kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Saya rasa memang ada keperluan tapi ada dua bahagian satu di bawah pelan Malaysia yang mana harus mengagihkan tanah untuk rumah-rumah ibadat.

“KPKT juga akan mengeluarkan syarat-syarat mana-mana rumah ibadat yang nak dibuat. Saya kena semak balik kalau tidak memerlukan banyak pindaan dan proses akta dan sebagainya boleh kita buat secepat mungkin tapi kalau akta ni kena masuk Parlimen untuk kelulusan saya kena tengok adakah ia boleh di bawah undang-undang kecil saya kena kaji dulu,” katanya.

Undang-undang berkaitan ini tambahnya perlu disegerakan ekoran tercetusnya kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman beberapa hari yang lalu.

“Saya tak pasti lagi berapa akta kena pinda kalau tidak ada keperluan pinda boleh buat sebagai undang-undng kecil jadi kita boleh buat dengan cepat kalau memerlukan masa lambat sikit.

“Mungkin sebelum sidang Parlimen akan datang. Tapi memandangkan perkara terdesak kita harus selesaikannya secepat mungkin,”ujarnya.

Terdahulu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembinaan kuil selepas ini perlu mendapat kebenaran daripada PBT. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.